Seronoknya membeli-belah!

in Bisnes by


AMAZON telah melancarkan pengalaman ‘Membeli-belah Antarabangsa’ menerusi Aplikasi Membeli-belah Amazon, sekali gus membolehkan pelanggan antarabangsa melayari dan membeli lebih daripada 45 juta barangan.


Pengalaman ini tersedia pada perayau mudah alih dan aplikasi mudah alih di dalam Aplikasi Membeli-belah Amazon bagi kedua-dua peranti mudah alih iOS dan Android.


Pengalaman Membeli-belah Antarabangsa itu menawarkan untuk membeli-belah dalam lima bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Sepanyol, Cina, Jerman, dan Portugis Brazil, dengan keupayaan untuk membeli-belah dalam 25 mata wang.


Naib Presiden bagi Eksport dan Pengembangan Amazon, Samir Kumar berkata, aktiviti ini menjadikan ia lebih mudah berbanding sebelum ini bagi pelanggan mendapatkan yang terbaik daripada Amazon dan membeli dengan mudah dalam mata wang tempatan mereka.


“Pelanggan boleh memilih pelbagai pilihan penghantaran dan kelajuan penghantaran, bergantung kepada seberapa cepat mereka mahu pakej mereka itu untuk sampai. Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari www.amazon.com/international-shopping-help.


“Kami sentiasa membuat pembaharuan bagi pihak pelanggan kami, dan dengan pelancaran hari ini, kami membuat pengalaman membeli-belah pada peranti mudah alih lebih baik dan lebih mudah bagi pelanggan kami yang tinggal di luar Amerika Syarikat.


“Pelanggan telah lama meminta satu cara yang mudah untuk mencari dan membeli dan bagi produk yang tersedia itu dihantar kepada mereka. Pengalaman Membeli-belah Antarabangsa menyelesaikan keperluan pelanggan ini dan menjadikan ia mudah untuk melayari, membeli dan menghantar lebih dari 45 juta produk ke lebih seratus buah negara di seluruh dunia,” katanya.


Pengalaman beli-belah menyeronokkan!


Untuk memulakannya Samir Kumar memberitahu, pelanggan boleh memuat turun Aplikasi Membeli-belah Amazon secara percuma dari Apple App Store atau Google Play Store dan mereka akan secara automatik ditempatkan ke dalam pengalaman Membeli-belah Antarabangsa.


Jelasnya, pelanggan yang sudah mempunyai Aplikasi Membeli-belah Amazon hanya perlu masuk ke dalam tetapan mereka di dalam aplikasi itu, pilih opsyen ‘Negara & Bahasa’ dan pilih ‘Membeli-belah Antarabangsa’ di bahagian negara.


“Pelanggan kemudian boleh menetapkan bahasa dan mata wang pilihan mereka untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang disesuaikan, dan boleh menukar lokasi mereka pada bila-bila masa bagi melihat secara automatik produk yang layak dihantar ke lokasi penghantaran mereka yang dipilih.


“Pengalaman Membeli-belah Antarabangsa memaparkan harga, kos penghantaran, dan anggaran duti import dengan jelas, dengan Amazon menyelaraskan dengan perkhidmatan kiriman cepat untuk pelepasan kastam bagi pihak pelanggan agar tidak ada kejutan pada saat pembelian atau pengiriman.


“Pelanggan juga akan dapat melayari dan membeli produk merentasi ke seluruh kategori termasuk Elektronik, Buku, Pakaian, Kasut, Alat Permainan dan banyak lagi,” katanya sambil memberitahu untuk maklumat lanjut boleh layari www.amazon.com/global.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]