Skim pelaburan khas masyarakat India

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Seramai 20,000 penerima Skim Pelaburan Khas Masyarakat India Amanah Saham 1 Malaysia 2018 telahpun dikenal pasti di seluruh negara.


Pengarah Bahagian Dasar Unit Khas Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India (Sedic) Jabatan Perdana Menteri, T Kuhan berkata, di Kedah sahaja, seramai 1,000 peserta daripada 10 kawasan Parlimen telah disenarai pendek dan kini sedang dalam proses pendaftaran.


Menurutnya, di Parlimen Merbok, sebanyak 500 peserta memenuhi kelayakan yang ditetapkan iaitu keluarga B40 pendapatan isi rumah sekitar RM3,131 ke bawah mengikut perkiraan Jabatan Statistik Negara.


“Skim pelaburan ini suatu inisiatif khas selaras dengan pelan masyarakat India bagi memupuk sikap menabung di mana mereka hanya dikenakan bayaran RM42 sebulan selama 10 tahun.


“Penerima dikenal pasti akan menerima unit Amanah Saham 1 Malaysia yang akan didaftarkan dalam akaun virtual mereka.


“Jadi untuk tempoh 10 tahun dividen Amanah Saham 1 Malaysia boleh mencecah sekurang-kurangnya enam peratus, selepas tempoh itu, mereka boleh dapat pulangan mencecah RM8,000,” katanya.


Menurutnya, sekiranya peserta tidak berkemampuan untuk membayar secara ansuran jumlah yang ditetapkan, mereka diberi kelonggaran sekurang-kurangnya membuat bayaran seminimum RM10 atau RM20 sebulan.


Beliau berkata, proses pendaftaran akan mengambil masa enam bulan dan kini siri jelajah akan diteruskan ke beberapa Parlimen bagi mengenal pasti senarai peserta.


Antaranya ke Parlimen Jerai,  Padang Serai, Alor Setar, Merbok dan Kulim Bandar Baharu, seterusnya akan terus ke Tasik Gelugur dan Balik Pulau sebelum siri jelajah diteruskan ke Pahang dan Johor.


Beliau berkata, berdasarkan pangkalan data, kerajaan sudah mempunyai senarai 100,000 peserta tersenarai yang mencukupi untuk tempoh lima tahun.


“Sasaran untuk 2018, memang sudah penuh, iaitu 20,000 dah ada dalam sistem, kalau ada yang berminat, kita akan masuk ke senarai permohonan tahun 2019,”katanya.


“Sebelum ini pun ada pihak pembangkang cuba mendekati serta meminta sokongan dari Pekida, tetapi ahli jawatankuasa menolaknya. Ini disebabkan Pekida lebih serasi dengan kepimpinan di bawah BN sejak bekas Mentari Besar Kedah, Datuk Seri Osman Aroff lagi,” katanya.


Turut hadir pada sidang majlis itu ialah Setiausaha Majlis Ayahanda Pekida Kedah, Datuk Mejar (B) Yaakob Hassan.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]