Tiga perubahan dunia

in Bisnes by


Pertama, landskap dunia sedang berubah. Telusuri 7 generasi manusia. Bermula dengan Lost Generation. GI Generation. Silent Generation.  


Dikuti oleh lima generasi dalam 100 tahun kebelakangan ini iaitu, Baby Boomers. Generasi  X. Millennials (Generasi Y). I Generation (Generasi Z). Paling terkini, Generasi Alpha yang muncul dari tahun 2010 sampai sekarang.


Millennials (Generasi Y) adalah kohor demografi generasi berikut selepas Generasi X. Tidak ada tarikh tepat untuk bila kohor ini bermula atau berakhir. Ahli demografi dan penyelidik biasanya menggunakan awal sebagai 1977 permulaan tahun kelahiran dan 1995 sebagai tahun kelahiran yang berakhir.


Millennials kadang-kadang disebut sebagai “boomers echo” disebabkan peningkatan besar kadar kelahiran pada 1980-an dan 1990-an, dan kerana millennials sering kali adalah anak-anak kepada Baby Boomers.


Ciri-ciri Millennial berbeza mengikut rantau, bergantung pada keadaan sosial dan ekonomi. Umumnya ditandai dengan peningkatan penggunaan dan kebiasaan dengan komunikasi, media, dan teknologi digital.


Kemelesetan besar yang berlaku sebermula 1998 dan seterusnya memburuk pada 2008 dan kemudiannya memberi kesan besar kepada generasi ini. Ia punca kadar pengangguran tinggi di kalangan orang muda. Inilah peluang ekonomi baru – Ekonomi Digital.


Bisnes secara atas talian dengan kemunculan internet 2.0 dan seterusnya 1R 4.0 memungkinkan banyak peluang terbuka  depan mata. Ambil peluang ini cepat.


Mulai tahun 2020, bajet pemasaran harus terbalik 30 peratus offline. 70 peratus online. Dan hasil jualan juga harus  begitu.


Pinjam kata Puan Ainon Mohd, pengasas PTS, “Menjual secara mata bertemu mata, ini lain ilmu dan taktiknya. Menjual secara online, ini sangat lain ilmu dan prosesnya. Otai-otai Gen-X mesti belajar macam mana hendak menjual kepada Gen Milenial yang lebih suka shopping online.”


Kepimpinan Abad 21


Apakah perubahan kedua? Kita tinggalkan dahulu. Kita pergi pada perkara ketiga dahulu. “21st Century Leadership”.


Masa di Kupang, Nusa Tenggara Timor, saya panggil anak muda pembantu profesional. Saya minta dia tulis 10 perkara yang dia akan buat. Terkulat kulat. Tiada pen dan kertas. Pada dia, Iphone adalah segala-galanya. Bertahun dia ikut bersama, tidak berubah. Lagak dan ego Gen Y. Hidup semua digital.           Saya berikan pen dan kertas. Dia tulis. 10 perkara. Apabila saya baca. Ia bukan 10 perkara. Ia hanya dua perkara dengan urutan 5 tindakan pada dua perkara itu. Ini bermakna kapasiti bertindaknya hanya 20%.


Saya beritahu, kita bekerja sekarang pada skala 20% dari upaya sebenar. Kita boleh berkembang 5 kali lebih besar dari sekarang. Sayang potensi besar terbuang. Anak muda harus 10 kali lebih hebat dari kita.


“The most important skill” dalam abad ke 21 ini adalah bebaskan diri dari gangguan dan fokus. Gangguan terbesar adalah apabila tidak tahu urus telefon bimbit. Apabila telefon itu lebih pintar daripada kita, kita akan tersasar.


Waras dalam menguruskan produktiviti. Menguruskan Emotional EQ. Dunia berubah, tiada lagi “top down command and control” berterusan. Kita tidak mahu followers. Kita mahu banyak leaders. Menjadi leader abad baharu.


Kuasa sumber daya masa depan adalah “Human Capital”. Potensi Insan. Bukan semata-mata “Financial Capital”. Masa kini adalah era kolaborasi. Bukan Hieraki. Ia tentang networks.


Networks bukan lagi dapat dibaca atas spreadsheet dan balance sheet. Ia melalui pemaknaan (meaning) dan tujuan (purpose). Ia bukan semata-mata ilmu bisnes. Ia ilmu kehidupan.


Women Power


Kita balik semula pada faktor nombor dua.


Pepatah Laos, “Suara orang miskin tidak membawa terlalu jauh.” Apatah lagi, suara itu datang daripada wanita miskin dahulu kala.


Wanita selalu jadi mangsa. Miskin, terluka dan hilang tempat bernaung. Ia mangsa pada lelaki pemangsa. Suara wanita miskin tidak akan didengar sesiapa.


Semasa kita bercakap tentang Revolusi Perindustrian Keempat yang akan datang dan ‘pendigitalan segala-galanya’, kita lupa ramai masih berjuang untuk bergerak melangkaui Revolusi Perindustrian Kedua.


Hak perempuan, kira-kira separuh daripada penduduk dunia. Mengakses cara untuk kemak-muran ekonomi dan manfaat teknologi (serta perlindungan daripada bahaya) akan memberi kesan positif kepada masyarakat.


Menurut Institut Penyelidikan Dasar Wanita, pada tahun 2015, pekerja wanita sepenuh masa, sepanjang tahun di Amerika Syarikat hanya membuat 80 sen untuk setiap dolar yang diperoleh oleh rakan lelaki mereka. Hanya 24 peratus orang bekerja di ICT di seluruh dunia adalah wanita. Dalam bidang pengkomputeran dan matematik, 23 peratus pekerja adalah wanita.


Di Asia Tenggara, contohnya,  ada lebih ramai lelaki daripada wanita yang mempelajari mata pelajaran STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik); di Kemboja, 94 peratus pelajar kedoktoran dan 79 peratus penyelidik bidang ini adalah lelaki.


Mengurangkan kemiskinan global bermakna tiada siapa tinggal di belakang. Kajian mencadangkan apabila kerajaan dan bisnes menggandakan kadar di mana wanita menjadi mahir secara digital, kita boleh mencapai kesaksamaan jantina di tempat kerja dan dalam dunia bisnes. Adalah dianggarkan menjelang 2040 di negara maju dan pada 2060 pada negara-negara membangun.


Apa kaitan dengan kita dalam peta besar ini? Jawabnya bangunkan kuasa wanita dalam perusahaan kita. “Ladies Power.”


Jangan lupa sembilan daripada 10 “megacities” yang paling pesat berkembang di dunia adalah di Asi. Menjelang 2020 hampir separuh penduduk Asia Tenggara berada di bawah 30 tahun.


Untuk nota kaki, wajar kita catatkan, dua darinya di Asia Tenggara, iaitu Kota Jakarta berada di tempat ke 10. Sekarang ini ada 26.75 juta penduduk dengan peningkatan populasi pada kadar 34.6 peratus. Kota Bangkok tempat kelima dengan 14.54 juta penduduk dengan peningkatan populasi pada kadar 45.2 peratus.Peluang terbentang depan mata.


*** Roslan Ab Hamid adalah perunding strategi pembangunan bisnes dan pemasaran digital di nusantara. Beliau boleh di hubungi di FB : Roslan Ab Hamid.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]