Tutup jalan sempena penamaan calon

in Edisi by


SELAMA – Tiga jalan utama di daerah ini akan ditutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada proses penamaan calon PRU14  yang akan berlangsung pada 28 April ini.


Yang Dipertua Majlis Daerah Selama (MDS), Mohd Amzari Mohd Arzami berkata, penutupan terbabit melibatkan Jalan Besar Pekan Selama, Jalan Kolam Air dan Jalan Kampung Raja (laluan Padang Awam Selama).


Menurutnya, penutupan ketiga-tiga jalan berkenaan akan bermula pada jam 10 malam 27 April sehingga 28 April jam 2 petang.


“Jalan-jalan ini ditutup berikutan untuk memberi laluan kepada proses penamaan calon  bagi Parlimen Larut, Dun Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau pada tarikh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Tambah Mohd Amzari, pihak MDS hari ini akan mengambil tindakan mengedar notis pemberitahuan kepada orang ramai di sekitar Pekan Selama.


“Malah kita juga telah nenyampaikan maklumat ini menggunakan saluran media rasmi MDS, facebook dan website.


“Kita amat berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama supaya proses penamaan calon itu nanti berjalan dengan lancar,” katanya.


Proses penamaan calon itu akan berlangsung di Pejabat Tanah dan Daerah Selama dan bermula pada jam 9 pagi.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]