Udang Kara Kampung Bayai

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BANDAR SERI JEMPOL – Pengeluaran udang kara dilihat mampu menjadi sumber ekonomi baharu penduduk di sekitar Kampung Bayai Baru di sini.


Adun Palong, Datuk Dr Lilah Yasin berkata, ia berikutan terdapat sumber air yang berkualiti dan sesuai untuk tujuan tersebut.


“Sumber air jernih, berkualiti tinggi, tahap PH yang sesuai dengan keluasan tanah dan kehadiran ramai tenaga muda boleh menyumbang ke arah kejayaan projek ini.


“Ia ditambah dengan permintaan udang kara amat tinggi walaupun harga mencecah RM130 sekilogram,” katanya selepas melepaskan benih udang kara di Kampung Bayai Baru, di sini.


Lilah turut berharap belia yang berminat akan diberikan kursus khas serta Latihan berkaitan ilmu dan kemahiran menternak udang kara.


“Saya harap mereka juga dilatih untuk mengeluarkan benih udang kara agar projek ini akan dapat dikembangkan di kampung berdekatan.


“Kerajaan menyediakan banyak kemudahan bagi industri ini termasuk modal kemahiran dan pemasaran,” katanya.


Difahamkan, saranan tersebut disambut baik penduduk setempat selain akan memberikan tumpuan terhadap perlaksanaan projek ini.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]