Balasan tembak mati dukun

in Global by


LIMA – PERU.Seorang lelaki warga Kanada dibunuh oleh penduduk asli Amazon selepas dia dituduh sebagai suspek utama pembunuhan seorang dukun wanita berusia 81 tahun.


Menurut Kementerian Luar Peru, mayat Sebastian Paul Woodroffe ditemui di wilayah Ucayali dan dipercayai mati dibelasah.


Media sebelum ini melaporkan, Woodrooffe menembak mati Olivia Arevalo Lomas dengan dua das tembakan pada Khamis lalu.


Woodroffe, 41, yang dipercayai salah seorang pelanggan Olivia, ditemui mati keesokan harinya.


Mayatnya ditanam kira-kira satu kilometer dari rumah Olivia.


Pembunuhan itu terbongkar selepas rakaman video melalui telefon bimbit yang memaparkan bagaimana Sebastian mengerang kesakitan sebelum seorang lelaki melilit lehernya dengan tali dan mengheretnya, telah dimuatnaik ke media sosial.


Setakat ini tiada tangkapan dilakukan namun pendakwa raya berikrar akan memburu pembunuh Olivia dan Woodroffe.


Bedah siasat yang dijalankan ke atas Woodrofee mendapati dia dipukul dan maut selepas dijerut dengan tali. – National Post


Source: SH Global

[featured-video-plus]