Bekas Speaker Indonesia dipenjara 15 tahun

in Global by


JAKARTA РINDONESIA. Mahkamah di Indonesia, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap bekas Speaker Parlimen,  Setya Novanto kerana kes penyelewengan dana kad pengenalan elektronik (e-ID) yang menyebabkan kerugian 2.3 trilion rupiah (RM647 juta).


Bekas speaker itu juga didenda 500 juta rupiah (RM141,000) serta dilarang memegang jawatan awam selama lima tahun selepas menjalani hukuman selain membayar semula AS$7.3 juta (RM29 juta) yang  dikaut melalui skandal itu.


Setya, 62, dituduh menerima jutaan rupiah dalam skim mencuri AS$173 juta (RM676 juta) atau hampir 40 peratus daripada keseluruhan bajet bagi kontrak kerajaan untuk kad pengenalan kebangsaan.


Terdahulu beliau dikatakan memalsukan kecederaan sebagai taktik mengelak tuduhan. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]