FIM 2018 catat nilai transaksi RM410 juta

in Bisnes by


PAMERAN dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM 2018) mencatatkan nilai transaksi urus niaga berjumlah RM 410 juta iaitu peningkatan sebanyak lebih 10 peratus berbanding sebanyak RM373 juta pada 2017.


Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM90 juta adalah daripada potensi transaksi francais antarabangsa melalui program Franchise In-Buying Mission (FIBM).


Menurutnya, pencapaian itu merupakan hasil penawaran pakej pempamer perniagaan francais daripada 88 buah syarikat francais tempatan dan antarabangsa.


“FIM siri kali ini melibatkan penyertaan syarikat francais antarabangsa yang terdiri daripada 11 negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, China, Arab Saudi, Thailand, Singapura, Australia dan Filipina. Sepanjang program ini berlangsung, FIM 2018 dihadiri seramai 10,511 orang pengunjung tempatan dan antarabangsa dengan jumlah bakal francaisi sebanyak 940 orang,” katanya.


Beliau berkata, turut diadakan Sesi Pemadanan Perniagaan antara francaisor dan bakal usahawan francais serta sesi perundingan francais, FIBM dan Celebrity Talks untuk menarik minat para pengunjung FIM 2018.


“FIM pada kali ini juga turut merekodkan sebanyak lebih 100 sesi pemadanan perniagaan antara francaisor dan bakal-bakal francaisi.  Manakala untuk Franchise In-Buying Mission (FIBM) melibatkan 16 wakil pelabur antarabangsa dari 13 negara seperti Hungary, Poland, Sweden, Belgium, Belanda, Arab Saudi, Sri Lanka, Serbia, Indonesia, Filipina, Russia, Maldives and Vietnam yang turut menyumbang kepada nilai transaksi pelaburan FIM 2018.


Program anjuran bersama MFA dan Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Penggunaan merupakan acara tahunan dan tahun ini merupakan tahun yang ke-25 penganjurannya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]