Hal ehwal agama Islam tetap jadi tumpuan

in Edisi by


SEREMBAN – Kejayaan demi kejayaan dicapai Negeri Sembilan yang bukan sekadar tertumpu ke arah ekonomi mahupun pentadbiran penjawat awam, sebaliknya hal ehwal agama Islam masih keutamaan di bawah tampuk pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Untuk memastikan umat Islam negeri ini melaksanakan Rukun Islam keempat iaitu menunaikan zakat, pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri sehingga berjaya mencapai kutipan melebihi RM120 juta pada tahun lalu berbanding kira-kira RM16 juta pada 2004.


Dengan hasil kutipan zakat itu juga, kerajaan negeri berjaya menyalurkan sumbangan berbentuk bantuan perubatan dan dialisis kepada rakyat kira-kira RM9.6 juta pada tahun lalu berbanding amaun RM754,910.66 pada 2004.


Lebih membanggakan apabila, kerajaan negeri tidak melupakan golongan asnaf fakir miskin apabila mewujudkan bantuan bulanan dengan jumlah keseluruhan serahan sebanyak RM17,397,600 pada 2017, berbandingan nilai lebih RM2.5 juta pada 2004.


Kerajaan Negeri Sembilan juga memperkasakan kelas agama petang (KAP) yang mula diperkenalkan pada 2005, di mana pada tahun lalu sahaja, lebih 46,000 pelajar menyertainya dengan dibantu lebih 1,000 guru di 294 premis yang ditetapkan.


Untuk sektor halal, kerajaan negeri berjaya mendapatkan tempat menubuhkan Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) yang tercanggih di Asia Tenggara.


Makmal di atas kawasan seluas 6.18 ekar tersebut, mula operasi di atas tanah seluas 6.18 ekar di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.


MyHAC menawarkan perkhidmatan analisis halal bagi tujuan Pensijilan Halal Malaysia di dalam dan luar negara.


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://bnns2rakyat.com


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]