Hasil peta guna penutup botol

in Global by


SURABAYA – INDONESIA. Sekumpulan mahasiswa dari Universiti Surabaya (Ubaya) menghasilkan peta Indonesia dengan menggunakan bahan kitar semula dalam usaha mewujudkan ‘kampus hijau’.


Mahasiswa Ubaya dari Unit Kegiatan Kerohanian Islam (UKKI) menggunakan ribuan penutup botol minuman bagi menjayakan projek mereka.


Menurut Ketua Umum UKKI, Husin Isom Baya’sut, usaha ini bukan sahaja bertujuan memupuk budaya kitar semula, malah menggalakkan penghasilan karya menggunakan barang terpakai.


Usaha mengumpul penutup botol dimulakan sejak Januari lalu, di mana setiap anggota UKKI diminta untuk mengumpul 150 tutup botol.


Peta tersebut berjaya disiapkan pada 18 April lalu dan akan dipamerkan di kawasan letak kereta universiti itu selama sebulan. – Detiknews


Source: SH Global

[featured-video-plus]