Kedah rampas pendahulu Kumpulan A

in Sukan by


KEDAH berjaya merampas kedudukan pendahulu Kumpulan A Piala Presiden 2018 buat kali pertama selepas menang besar 4-1 ke atas Melaka United pada perlawanan ke-12 di Stadium Darul Aman, semalam.


Pengurus Kedah Bawah 21 Tahun, Zambri Mat berkata, skuad kendalian Victor Andrag ini memintas Sabah dengan kelebihan jaringan untuk berada di puncak walaupun berkongsi 27 mata yang sama.


Menurutnya, kejayaan itu susulan Sabah yang muncul pendahulu sejak perlawanan pertama tewas tipis 3-2 kepada Pahang di laman sendiri.


“Walaupun dikejutkan dengan gol awal pelawat, pemain tidak mudah goyang dan bangkit dengan dua jaringan di separuh masa pertama dan dua jaringan lagi pada separuh masa kedua.


“Terima kasih kepada pengurusan tertingi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kerana memberi kebenaran kepada pasukan Piala Presiden Kedah  beraksi untuk empat perlawan terakhir di Stadium Darul Aman,” katanya kepada Sukan Sinar.


Kedah kini mencatatkan lapan menang, tiga seri dan satu tewas untuk mengumpul 27 mata selepas 12 perlawanan.


Pelapis Lang Merah ini juga muncul penjaring terbanyak Kumpulan A dengan 29 gol dan bolos 9 gol setakat ini.


Kedah akan berkunjung ke Stadium Mini MMU, Cyberjaya bertemu Selangor bagi menghadapi perlawanan ke-13 pada Khamis.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]