Misi Matrade teroka pasaran India

in Bisnes by


PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), akan menganjurkan misi perdagangan ke India bagi meneroka bidang baharu untuk meningkatkan eksport.


Eksport Malaysia ke India meningkat 4.1 peratus kepada AS$8.04 bilion (AS$1=RM3.8900) tahun lalu sekali gus menjadikan India destinasi eksport kelapan terbesar negara.


Misi Pemecut Eksport Malaysia (EAM) ke New Delhi akan berlangsung  13 hingga 15 November ini dengan memfokuskan sektor seperti bahan binaan, makanan dan minuman, produk teknologi hijau dan peluang francais.


“Objektif EAM adalah mempromosikan produk dan perkhidmatan ke India dengan menyediakan platform untuk syarikat Malaysia meneroka peluang baharu perniagaan menerusi mesyuarat serta lawatan,” kata Mazlan Harun, Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Mumbai, kepada Bernama.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]