MUSGA bela pengawal keselamatan

in Edisi by


BANDARAYA MELAKA – Kesedaran pengawal keselamatan sertai persatuan bagi pastikan kebajikan mereka terbela dan tidak ditindas majikan masih rendah.


Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pengawal Keselamatan Bersatu Malaysia (MUSGA), Nik Nazri Md Hassan, sehingga kini terdapat 800 ahli MUSGA yang berdaftar dan jumlah itu hanya kira-kira 10 peratus daripada jumlah pengawal keselamatan  seluruh negara.


“MUSGA diwujudkan untuk melahirkan pengawal keselamatan yang berkualiti, berdisiplin, dihormati dan disegani serta dapat bekerjasama dengan majikan, orang awam dan pasukan keselamatan lain bagi mewujudkan suasana selamat dan harmoni.


“Paling utama menjaga kebajikan anggota pengawal dan keluarga bagi menjamin dan tingkatkan taraf ekonomi serta kehidupan mereka.


“Jadi saya menyeru pengawal keselamatan supaya sedar akan kewujudan MUSGA. Kita sedang giat mencari seramai mungkin ahli persatuan yang akan saling bantu membantu bagi mencapai matlamat, malah kita sedang cuba untuk mewujudkan MUSGA di Sabah dan Sarawak,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu MUSGA Melaka yang dirasmikan Amir Hamzah Aziz selaku Penasihat MUSGA negeri.


Nik berkata, penglibatan pengawal keselamatan menyertai persatuan penting terdapat kes mereka yang diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah mahupun kelewatan gaji.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]