Nelayan pantai guna aplikasi FSI

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Aplikasi Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) diperluas kepada nelayan pantai melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).


Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata, sebelum ini penggunaan FSI hanya untuk bot nelayan.


Menurutnya, sebelum ini, penggunaan FSI khusus untuk nelayan laut dalam namun nelayan pantai di pengkalan ini terpilih untuk meningkatkan taraf hidup mereka ke arah lebih baik.


“Nelayan pantai di sini berpeluang menikmati kemudahan tersebut yang dapat mengesan lokasi penangkapan ikan dengan mudah.


“Aplikasi FSI dapat mengurangkan kos operasi menangkap ikan seterusnya meningkatkan pendapatan nelayan pantai,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Serah Bantuan Luput Touch Point Perikanan dan Pelepasan Benih ikan di Pengkalan Nelayan Kampung Kuala Penor.


Turut hadir, Pengarah Perikanan Pahang, Azahari Othman.


Shafik Fauzan berkata, aplikasi itu juga dapat membantu nelayan menjimatkan masa kerana mereka akan terus ke kawasan lokasi penangkapan ikan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sistem FSI.


Katanya, FSI dapat membantu nelayan menjimatkan masa kerana mereka akan terus ke kawasan lokasi penangkapan ikan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sistem tersebut.


Sementara itu, Azahari berkata, di Pahang, 15 nelayan di Kuantan, Pekan dan Rompin terpilih menerima penggunaan aplikasi itu.


Katanya, nelayan yang dipilih akan menerima kata laluan (password) sebelum dapat muat turun aplikasi itu di telefon pintar.


“Aplikasi ini dapat memudahkan nelayan dalam masa sama menjimatkan masa,” katanya.


Pada program itu, 250 nelayan menerima bantuan peralatan seperti beg kalis air.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]