Pengundi kawasan Bagan Pinang yakin yakini BN

in Edisi by


PORT DICKSON – Penyandang kerusi Dun Bagan Pinang Datuk Tun Hairudin Abu Bakar yakin pengundi di kawasan itu akan terus bersama BN kerana pelbagai kemudahan dan perkhidmatan  dinikmati penduduk setempat di bawah kerajaan BN selama ini.


Beliau berkata, sewaktu menjadi wakil rakyat di kawasan itu bagi penggal yang lalu, banyak pembangunan dibawa di kawasan ini.


“Semasa perkhidmatan saya, antara yang saya dah buat ialah menaik taraf Klinik Desa Bagan Pinang kepada Klinik Kesihatan Bagan Pinang, ini sangat membantu penduduk di sekitar kawasan tersebut kerana mereka tidak perlu lagi pergi jauh ke Klinik Kesihatan Port Dickson untuk menerima rawatan.


Saya juga ingin berterima kasih kepada penduduk Bagan Pinang kerana melalui sokongan mereka, nama saya telah kembali dicalonkan bagi PRU14 kali ini,” katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang turut dihadiri Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr Lim Chin Fui dan Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Datuk VS Mogan.


Pada PRU13, Tun Hairudin menang dengan majoriti undi 6,067 menewaskan Ramli Ismail daripada Pas.


Sementara itu, pada majlis hari ini, seramai 238 nelayan menerima elaun sara hidup berjumlah RM68,800. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]