Polis tahan suspek bakar pusat karaoke di China

in Global by


BEIJING – CHINA.Polis di selatan China hari ini menahan seorang lelaki kerana disyaki membakar sebuah pusat karaoke yang mengorbankan 18 orang dan mencederakan lima yang lain.


Polis mengesyaki insiden yang berlaku selepas waktu tengah malam di sebuah bangunan tiga tingkat di bandar Qingyuan, wilayah Guangdong itu merupakan tindakan khianat dan seorang suspek lelaki berusia 32 tahun berjaya diberkas di kampung berhampiran.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pusat karaoke terbakar, 18 maut]


“Suspek dalam kes khianat ini, Liu Chunlu sudah berjaya ditangkap,” kata polis menerusi Weibo.


Terdahulu, pihak polis menawarkan ganjaran 200,000 yuan (RM123,802) kepada sesiapa yang memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]