QhaLeefa sasar tingkat jualan

in Bisnes by


PENGELUAR rangkaian produk berjenama QhaLeefa, HRM Worldwide Sdn Bhd (HRM Worldwide) optimis mahu mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran dan sasar meningkatkan jualannya menjelang akhir tahun ini.


Pengasas dan Pengarah Urusan HRM Worldwide, Ahmad Rafie Shaari berkata, setakat ini nilai jualan rangkaian produk QhaLeefa berjumlah RM500,000 dan optimis sasaran itu mampu dicapai dengan adanya promosi agresif dan bekerjasama dengan beberapa rakan strategik.


Menurutnya, kesemua rangkaian produknya mendapat sambutan memberangsangkan daripada seluruh negara dan berkeyakinan mempunyai sistem pemasaran melalui e-dagang, francais dan perdagangan.


“HRM Worldwide adalah hasil gabungan mantap antara lima elemen penting iaitu syarikat, pengurusan, produk, pelan pemasaran dan sistem sokongan.


Sejak berada di pasaran pada 2016, HRM Worldwide mempunyai lapan rangkaian produk iaitu QhaLeefa Yagi Formula, QhaLeefa Cocoa Cliste, QhaLeefa Perfume, QhaLeefa Instant FR 99, QhaLeefa Aroma Terapi, QhaLeefa SuperMak Kleen dan QhaLeefa Empro dan produk terbaharu iaitu QhaLeefa Jus Aulad,” katanya.


Ahmad Rafie berkata, HRM Worldwide beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor dan mempunyai dua cawangan iaitu di Zon Lembah Klang dan di Zon Utara.


QhaLeefa Jus Aulad dapat sambutan


“Syarikat juga menjangkakan akan menembusi pasaran antarabangsa iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia pada 2020,” katanya.


Walaupun Qhaleefa Jus Aulad berada dalam pasaran sejak dua bulan lalu, ia mencatatkan jualan sebanyak 1,000 kotak, katanya.


Ahmad Rafie berkata, QhaLeefa Jus Aulad adalah usaha sama rakan strategik antara HRM Worldwide dan Vokalis Kumpulan Rabbani, Azadan.


“Kami yakin hasil gabungan yang mantap antara jenama QhaLeefa dan syarikat HRM Worldwide bersama populariti Rabbani akan memacu peningkatan jualan QhaLeefa Jus Aulad,” katanya.


Tambahnya, QhaLeefa Jus Aulad sesuai diminum oleh semua golongan.


Jelasnya produk ini mengandungi bahan-bahan berkualiti yang terdiri daripada daun bidara madu, kismis, gingko biloba, badam dan vitamin C.


“Kami dapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna QhaLeefa Jus Aulad. Produk iniĀ  membantu menambah tenaga,” katanya.


HRM Worldwide menyediakan sistem sokongan terbaik melalui QhaLeefa Business Academy (QBA) yang memberikan kemudahan kepada semua usahawan HRM Worldwide.


“Mereka akan diajar teknik dan kemahiran yang betul menjalankan perniagaan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman melahirkan ramai usahawan berjaya.


“QBA juga menyediakan modul latihan mantap dan mudah kepada semua usahawan,” katanya.


Ahmad Rafie berkata, HRM Worldwide berharap masyarakat di luar sana memilih syarikat itu sebagai satu cabang perniagaan.


HRM Worldwide miliki pasukan bola sepak


Selain itu, HRM Worldwide juga mempunyai satu pasukan bola sepak, QhaLeefa FC.


“HRM Worldwide menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama MIB Collage untuk membantu pemain bola sepak melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dengan yuran yang minimum.


“Mereka diberikan latihan intensif oleh jurulatih berpengalaman dan akan menyertai beberapa kejohanan bola sepak.


“Mereka yang berminat menjadi ejen hanya perlu membayar serendah RM330 manakala untuk menjadi stokis serendah RM5,000.


“Boleh hubungi 0194416630 (HRM Careline) atau layari Page FB di HRM Worldwide4u atau boleh email qhaleefa69@gmail.com.


“Peluang terbuka kepada semua masyarakat di luar sana yang inginkan pendapatan tambahan dengan menjadi salah seorang usahawan di dalam HRM Worldwide,” katanya.


HRM Worldwide Sdn Bhd ditubuhkan pada 2016.


Mengeluarkan rangkaian produk jenama QhaLeefa yang kini semakin popular dan semakin mendapat tempat di hati masyarakat.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]