Reformasi 98 hanya satu lagi politik PKR

in Edisi Pahang by


TEMERLOH – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menyifatkan Reformasi PKR pada 1998 sebenarnya satu komoditi politik yang diguna pakai oleh parti itu untuk mencapai matlamat politik keluarga Anwar Ibrahim.


Menurutnya, mereka sebenarnya mahukan kuasa politik negara bagi memperkukuhkan kedudukan kaum keluarga dalam parti PKR.


“Reformasi 1998 sebenarnya sebuah lagu politik dan bukannya satu perjuangan seperti yang di uar-uarkan oleh PKR dan ianya digunakan untuk memperdayakan golongan muda supaya tertarik dengan Anwar Ibrahim.


“Hari ini Anwar Ibrahim mahu ambil kuasa politik dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN.


“Mereka tidak lagi guna pakai reformasi tetapi mereka mengguna pakai Tun Mahathir pula,” katanya kepada media di sini hari ini.


Ujarnya, yang wujud adalah agenda kuasa dan takhta untuk Anwar dan sekeluarga dan tegasnya, tiadanya perjuangan ideologi politik dalam parti tersebut.


“Ia hanya retorik politik dan untuk selamatkan individu tertentu iaitu pemimpin utama Anwar Ibrahim bagi memastikan beliau relevan dalam politik,” katanya lagi.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]