Aplikasi mudah alih rancang perjalanan ke KLIA lebih cekap

in Bisnes by


MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) akan melancarkan aplikasi mudah alih pada separuh kedua tahun ini.


MAHB dalam kenyataan medianya berkata, usaha itu bagi membantu penumpang merancang perjalanan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dengan lebih cekap.


Pengendali lapangan terbang tersebu berkata, ciri-ciri pintar aplikasi mudah alih itu termasuklah perancang perjalanan yang akan menyediakan maklumat masa nyata mengenai lalu lintas ke lapangan terbang dan juga masa giliran di kaunter daftar masuk dan juga pengemudi yang akan memudahkan pencarian lapangan terbang.


“Aplikasi mudah alih itu juga akan membolehkan penumpang mendapat maklumat tentang status penerbangan dan bagasi serta menghubungkan mereka kepada ejen pelanggan kami bagi perbualan langsung mengenai pertanyaan khusus tentang lapangan terbang,” kata syarikat itu.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]