China perkenal merit rakyat

in Global by


BEIJING – CHINA. Kerajaan China bercadang melaksanakan pemberian merit kepada 1.4 bilion rakyatnya menjelang tahun 2020.


Skor mata akan diberikan berlandaskan waktu pembayaran cukai sama ada tepat pada masa atau lewat, bagaimana cara seseorang individu melintas jalan, merokok di tempat yang dilarang serta perkara yang dikongsikan di media sosial.


Program yang bakal dilaksanakan itu diharap mampu mendidik rakyat republik itu supaya berkelakuan baik dan mereka yang mengumpul merit tinggi akan diberi ganjaran.


Menurut CBS News, hampir 11 juta rakyatnya dilarang menaiki kapal terbang manakala empat juta lagi dilarang menggunakan perkhidmatan kereta api atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.


Setakat ini, China mempunyai 176 juta kamera keselamatan dan bakal menambah 600 juta kamera lagi menjelang 2020 bagi membangunkan pusat kawalan negaranya.


Sementara itu, kamera rakaman litar tertutup berteknologi pintar keluaran syarikat SenseTime juga mampu menjejaki penjenayah dan rakyat biasa. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]