Kaum Cina kembali beri sokongan

in Politik by


PULAI – PRU13 menyaksikan berlakunya ‘tsunami’ sehingga pakatan pembangkang berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding PRU12.


Ada yang mengatakan ia adalah tsunami kaum Cina, ada juga mengatakan tsunami Malaysia, malah ada juga menyifatkan ia sebagai tsunami politik.


Walau apa pun bahasa diguna pakai, isu yang wajar dilihat adalah kehilangan beberapa kerusi milik BN ke tangan pakatan pembangkang pada PRU13.


Ia tidak terkecuali kerusi Dun Pengkalan Rinting atau nama baharunya, Dun Perling yang berjaya dimenangi oleh DAP menerusi calonnya, Cheo Yee How.


Selepas tamat sepenggal, Datuk Nur Jazlan Mohamed selaku Pengerusi BN Pulai optimis kerusi Dun berkenaan mampu dimenangi kembali oleh wakil MCA yang dicalonkan pada PRU14.


Malah, beliau berpandangan masyarakat Cina pada PRU kali ini akan memikirkan mengenai jangka panjang dan tidak akan terpengaruh dengan isu-isu yang boleh dimainkan emosi.


“Secara keseluruhan masyarakat Cina, saya dapat 30 peratus, tapi di kawasan Kempas saya dapat peratusan sokongan orang Cina lebih tinggi daripada di Perling.


“Itu yang saya rasa masyarakat Cina di kawasan Kempas ini tidak akan terpedaya dengan taktik pembangkang untuk menaikkan emosi kemarahan mereka terhadap kerajaan dan kali ini menyokong kerajaan dengan lebih tinggi lagi,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]