‘Kayveas dipecat oleh Lembaga Displin MyPPP’

in Politik by


KUALA LUMPUR- “Tan Sri M Kayveas dipecat sebagai Presiden dan ahli MyPPP oleh Lembaga Disiplin Parti berkuatkuasa serta merta, demikian menurut Setiausaha Agung MyPPP , Datuk Mohan Kandasamy.


Mohan berkata, keputusan itu diterima sebulat suara oleh Ahli Majlis Tertinggi parti yang bersidang semalam.


“Pagi tadi kita adakan mesyuarat Majlis Tertinggi parti susulan mesyuarat Lembaga Displin yang memutuskan bahawa Kayveas dilucutkan jawatan beliau dalam parti.


“Oleh itu Kayveas tak dibenarkan untuk  keluarkan sebarang notis mesyuarat, mengadakan mesyuarat , mempengerusikan mesyuarat dan hadir mesyuarat parti,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Hotel Hilton, di sini hari ini.


Sebelum ini Kayveas dalam perkongsian di Twitternya menjelaskan bahawa beliau meletakkan kesemua jawatan dalam MyPPP.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]