Lelaki ditahan bersama 6,390 rokok seludup

in Edisi Sabah Sarawak by


LAHAD DATU – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 6,390 bungkus rokok seludup pelbagai jenama di Kampung Puyut dalam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) malam tadi.


Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Datuk Hazani Ghazali berkata pasukan keselamatan ESSCom terserempak dengan sebuah van putih yang mencurigakan memasuki kampung  tersebut pada jam 10.30 malam.


“Apabila diarahkan berhenti, suspek yang berusia 24 tahun enggan mematuhi arahan lalu memecut  kenderaannya sehingga hampir mencederakan seorang anggota Polis Marin, namun kecekapan anggota bertugas berjaya menahan suspek berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Hazani berkata hasil  pemeriksaan ke atas van putih itu pihak berkuasa menemukan rokok pelbagai jenama yang disembunyikan dalam plastik hitam serta wang tunai RM7,466.


Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis Marin kerana berjaya menyekat cubaan  memasarkan rokok seludup di sini.


Hazani berkata ESSCOM komited membuat kawalan sama ada di laut dan daratan terutamannya laluan penjenayah melakukan penyeludupan. – Bernama

 


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]