Peruntukan RM20 juta untuk UNIFOR

in Edisi Sabah Sarawak by


MIRI  – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan peruntukkan RM20 juta untuk membiayai operasi Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) pada tahun ini.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan tersebut adalah komitmen kerajaan negeri untuk membantu penganut-penganut pelbagai agama di negeri ini.


“Di Sarawak, kita adalah sekeluarga walaupun berlainan agama dan boleh duduk semeja makan bersama,” katanya semasa merasmikan seminar khas ketua masyarakat,ketua kaum dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kawasan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) di sini hari ini.


Untuk rekod, penubuhan Unifor pada tahun lepas bertujuan untuk merancang dasar, peraturan dan membantu pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam di Sarawak.


Mengenai pembangunan HDA, beliau berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan sektor pertanian dan pelancongan di kawasan tersebut. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]