'Saya harap Mohd Puad tak tanding calon bebas'

in Edisi by


PONTIAN – “Saya harap Mohd Puad tidak bertanding calon bebas pada hari penamaan calon 28 April ini,” kata Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial Umno, Datuk Ahmad Maslan.


Ahmad yang juga calon BN Parlimen Pontian berkata, Datuk Dr Mohd Puad Zakashi seharusnya utamakan parti dan setia kepada BN dan Umno sebagaimana gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Katanya, sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad seharusnya maklum ahli yang bertanding atas tiket bebas akan ditarik keahliannya dari parti.


Malah, tiada pengampunan bagi ahli yang bertanding atas tiket bebas.


“Saya mengenali Puad, kawasan Parlimen kami iaitu Parlimen Pontian dan Batu Pahat berjiran.


“Saya mintak dia tidak bertanding tiket bebas dan menyatakan kesetiaannya kepada parti dan membantu semua calon yang dipilih di Parlimen Batu Pahat,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan oleh media mengenai peletakan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.


Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan 10 motosikal kepada anggota Rela Pontian dan merasmikan Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Betak Benut, di sini petang tadi.


Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Menerusi kenyataan dimuat naik dalam Facebook, Mohd Puad berkata, hari ini adalah hari terakhirnya di Jasa dan beliau tidak berganjak dengan keputusan untuk meletak jawatan.


Timbul desas-desus sebelum ini, Mohd Puad dikatakan akan bertanding atas tiket bebas selepas tidak dicalonkan pada PRU14.


Isnin lalu, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah bertanding kerusi Parlimen Batu Pahat.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]