Telaga minyak haram terbakar, 10 maut

in Global by


BANDA ACEH – INDONESIA. Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah telaga minyak haram terbakar di wilayah Aceh, menurut pihak berkuasa, hari ini.


Tumpahan minyak itu telah mencetuskan kebakaran pada jam 1.30 pagi (waktu tempatan) di kawasan kediaman yang turut memusnahkan tiga rumah, semalam.


“Api masih marah dan pasukan bomba sedang berusaha untuk mengawalnya,” kata ketua subdaerah Ranto Peureulak, Saiful.


Sementara itu, polis memaklumkan angka kematian dijangka meningkat.


Difahamkan, pasukan bomba turut dibantu syarikat minyak milik negara, Pertamina. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]