Toys 'R' Us dipersalahkan

in Bisnes by


HASBRO Inc dilaporkan menyalahkan peruncit permainan kanak-kanak ikonik Toys ‘R’ Us berikutan laporan kewangan syarikat itu yang merosot bagi suku pertama kewangan tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Brian Goldner berkata, bagaimanapun mereka optimis prestasi kewangan syarikat akan kembali pulih pada suku kedua tahun ini.


“Prestasi Kewangan syarikat merosot adalah kesan daripada situasi buruk Toys ‘R’ Us yang terpaksa ditutup.


“Kami menjangkakan impak pendapatan akan lebih ketara pada separuh pertama tahun ini dengan impak lebih rendah pada suku ketiga dan keempat, termasuk musim cuti penting,” katanya.


Bagaimanapun, Goldner menjangkakan pertumbuhan lebih ketara pada 2019.


Goldner berkata, pembubaran Toys ‘R’ Us Amerika Syarikat dijangka selesai pada akhir suku kedua, manakala rancangan untuk peruncit antarabangsa kekal tidak menentu.


Hasbro dalam laporan kewangan bagi suku pertama, mencatat pendapatan kurang daripada AS$100 juta (AS$1= RM3.9060) daripada jangkaan.


Bagaimanapun, syarikat masih berada di landasan yang betul untuk menjana aliran tunai operasi antara AS$600 juta hingga AS$700 juta bagi tahun ini.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]