Trump, Macron bincang isu nuklear Iran

in Global by


WASHINTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan rakan sejawat, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyeru satu perjanjian baharu mengenai nuklear ditandatangani dengan Iran.


Trump mahukan perjanjian baharu bagi mengehadkan program peluru berpandu Iran, termasuk sokongan terhadap kumpulan militan di Asia Barat.


“Saya fikir kita mempunyai peluang untuk mengadakan perjanjian yang lebih baik dan ia perlu dilaksanakan atas landasan yang lebih kukuh.


“Perjanjian perlu merangkumi Yaman, Syria dan bahagian lain di Asia Barat, kerana tidak kira di mana sahaja kamu berada, kamu boleh lihat jejak Iran, di sebalik segala masalah di Asia Barat,” katanya.


Sementara itu, Macron dalam sidang media bersama di sini, berkata beliau tidak mengetahui sama ada Washington akan mengelak daripada menandatangani perjanjian nuklear menjelang tarikh akhir pada 12 Mei ini.


“Apa yang boleh saya katakan,kami berdua memang berbincang mengenai perjanjian nuklear,” katanya.


Sejak beberapa bulan lalu, pegawai kanan Amerika Syarikat dan Eropah mengadakan perbincangan bagi mencapai kata sepakat selepas Trump mendesak supaya perjanjian yang dianggap tidak masuk akal itu digubal semula. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]