Calon termuda Harapan Terengganu

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Bersatu Terengganu menjadi calon termuda Pakatan Harapan (Harapan) Terengganu, diletakkan di kerusi N8, Batu Rakit pada PRU14 kali ini.


Amir Long, 31, dari Bersatu yang juga calon baharu berkata, beliau mahu suara belia diketengahkan di dalam sidang dewan sebab itu dia ingin menjadi calon mewakili belia.


Bagaimanapun, sebagai calon muda, beliau bukan hanya memberi tumpuan kepada pengundi muda tetapi akan mendekati semua peringkat umur di Dun Batu Rakit.


“Saya lihat dalam Terengganu sendiri ramai calon muda yang tidak kekal lama dan boleh dikatakan tiada langsung suara orang muda di dalam dewan.


“Ini peluang untuk saya, bagi mengetengahkan suara anak muda jika menang dan dapat duduk di dalam dewan,” katanya kepada Sinar Harian selepas Pengumuman Calon Harapan Terengganu, di sini, hari ini.


Menurut beliau, BN tidak berani mengangkat golongan muda tetapi tidak bagi Bersatu malah had umur pemuda Bersatu adalah mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.


Tambahnya, beliau akan bekerja lebih kuat lagi selari dengan tenaga dan semangat yang tertanam dalam jiwanya untuk parti.


“Sekarang kita ke arah gelombang untuk Tukar dan saya yakin gerakan itu sudah sampai ke Terengganu.


“Sudah pasti bila bertanding, kemenangan yang diharapkan dan itulah harapan saya bagi Dun Batu Rakit,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]