Facebook perkenal 'Marketplace' di Malaysia

in Bisnes by


FACEBOOK hari ini memperkenalkan ‘Marketplace’ atau pasaran, di Malaysia, yang membolehkan pengguna melihat, membeli dan menjual barangan melalui platform media sosial.


Pengarah pengurusan produk di Facebook, Karandeep Anand dalam satu kenyataan berkata: “Sebanyak 700 juta orang sudah  membeli dan menjual secara berkumpulan di Facebook setiap bulan. Hari ini, kami teruja untuk membawa ‘Marketplace’ ke Malaysia dan memudahkan pencarian, membeli dan menjual barangan.


“Sama ada anda seorang ibu bapa baru yang mencari pakaian bayi atau pengumpul yang mencari barang yang jarang ditemui, Marketplace memudahkan pencarian untuk membeli apa yang diperlukan dan menjual apa sahaja.


“Orang ramai akan selesa membeli dan menjual di Marketplace kerana mudah untuk melihat profil pembeli dan penjual, kawan bersama anda, dan berapa lama mereka berada di Facebook. “


Marketplace membolehkan pengguna menyenaraikan dan melayari barang untuk  dijual dan menapis mengikut lokasi, harga dan kategori seperti barang isi rumah, elektronik dan pakaian.


Ciri berkenaan membolehkan  pembeli dan penjual berkomunikasi melalui fungsi pesanan untuk membuat tawaran dan butiran transaksi, memandangkan Facebook tidak memudahkan pembayaran atau penyerahan barang.


Dengan penambahan Malaysia dan Indonesia, Marketplace kini boleh didapati di 70 negara di seluruh dunia. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]