Gardenia edar 3,500 sandwic percuma

in Bisnes by


PENGELUAR roti kegemaran Malaysia, Gardenia, telah mengedarkan 3,500 hidangan sandwic sihat rendah G.I. dan enak kepada orang ramai secara percuma baru-baru ini.


Sandwic sihat rendah G.I. ini disediakan menggunakan roti berkualiti tinggi, Gardenia Canadian Purple Wheat dengan 100 peratus WholeGrain, roti tinggi serat, tinggi antioksidan, rendah lemak dan mempunyai nilai indeks glisemik (G.I.) rendah (G.I:50).


Pengurus Besar Gardenia, Hazlinah Harun berkata, sandwic sihat tersebut diedarkan kepada orang ramai yang menyertai program larian Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) yang berlangsung di perkarangan Pusat Perubatan Subang Jaya.


Katanya, tahun ini adalah tahun kedua penglibatan Gardenia dalam program larian yang dianjurkan SJMC dengan tema kali ini “Seeing is believing, Fight diabetes”.


“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pencegahan dalam kalangan masyarakat mengenai impak diabetes terhadap kehidupan serta keluarga mereka, terutamanya pada komplikasi mata. Pakar perubatan menyarankan supaya pesakit kencing manis memilih makanan yang mempunyai indeks G.I rendah kerana ia dapat membantu mengawal paras gula dalam darah.


“Justeru, kami di Gardenia sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat Malaysia termasuklah pesakit diabetes dan kami komited dalam mendidik para pengguna untuk mengamalkan diet pemakanan sihat.


“Gardenia peka akan peranannya sebagai syarikat pengeluar roti untuk mengeluarkan rangkaian roti yang mempunyai indeks G.I rendah, tinggi serat dan rendah lemak sekali gus membantu pesakit diabetes merancang dan mengamalkan diet rendah G.I. yang amat mereka perlukan.


“Tambahan pula, kesemua roti sandwic Gardenia tidak mempunyai bahan pengawet tiruan atau sintetik. Ia sesuai untuk anda dan keluarga bagi memulakan diet sihat,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]