Ira cium pipi sepupu: Kazar

in Hiburan by

Ira cium pipi sepupu: Kazar


BEBERAPA hari lalu telah tersebar gambar yang menunjukkan Ira iaitu anak gadis pelakon Kazar sedang mencium pipi seorang lelaki yang dimuat naik olehnya di Instastory.


Menurut Kazar atau Kazaruddin Saisi, 59, lelaki yang dicium oleh anaknya itu merupakan anak saudaranya sendiri, pangkat sepupu kepada Ira, anak kepada Helmi Gimmick.


“Sejak kecil mereka memang rapat dan dah lama dak berjumpa. Tak sangka pula foto atau video itu dimuat naik oleh Ira di Instagram sampai orang salah faham.


“Saya akui tindakannya itu salah dan tak sepatutnya dilakukan, walaupun sepupu tak boleh buat macam tu. Nanti saya tegur dia,” katanya.


Sebelum ini nama Kazar turut terpalit apabila anaknya itu memuat naik aksi video menari dengan gaya yang mengghairahkan.


Ditanya kepada Kazar tentang anaknya itu, katanya dia lebih selesa menegur anak-anak dengan cara berhemah.


“Remaja zaman sekarang lain tak macam kita dulu, mereka ini kalau kita marah lagi memberontak. Saya pun dah nasihat dan tak nak marah banyak kali, nanti lama-lama dapat penyakit sakit jantung pula.


“Saya selalu pesan dan nasihat dia supaya jaga nama bapa kerana saya dikenali. Apabila kontroversi begini, nama saya akan terpalit juga.


“Kalau netizen nak mengecam kata saya tak reti jaga anak, boleh datang rumah dan tengok sendiri hubungan kami anak-beranak,” katanya kepada Sinar Harian.


Kazar ditemui semasa sidang media pelancaran telefilem Budak Kripto yang diadakan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kuala Lumpur pada Selasa.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]