‘Kami tak tahan bau busuk’

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BATU KIKIR – Penduduk sekitar Rumah Rakyat Peringkat 3, Batu Kikir di sini, melahirkan rasa kecewa apabila keselesaan mereka terjejas akibat bau busuk dari sistem kumbahan di sebuah sekolah berdekatan rosak.


Penduduk, Zainal Tahir, 61, berkata, perkara tersebut merupakan kes berulang yang mana keadaan itu berlaku akibat tiada penyelenggaraan.


“Kami difahamkan, sistem gagal dibaik pulih kerana kos tinggi. Akibatnya penduduk turut terjejas dan kami yakin warga juga sekolah alami nasib yang sama.


“Tetapi sampai bila pula kami perlu berdepan masalah sama,” katanya ketika ditemui.


Seorang lagi penduduk, Ramli Muha, 63, berkata, keadaan tersebut dikesan sejak Februari lalu dan surat mengenainya diberikan kepada pihak sekolah dan telah mendapat maklum balas.


“Seperti dimaklumkan ia berkait dengan kos. Namun kami mohon jasa baik pihak terlibat agar segera ambil perhatian kerana kami tidak tahan dengan bau busuk seumpama ini,” katanya.


Yahya Ahmad, 66, berkata, penduduk juga terkilan akibat maklumat daripada pihak dalaman.


“Siapa yang tidak kecewa. Kita lalu sebelah pun dah busuk inikan yang sememangnya tinggal berhampiran loji kumbahan yang sistemnya gagal berfungsi,” katanya.

Loji kumbahan dipercayai menjadi punca kepada pencemaran bau di kawasan sekitar.


Sementara itu, perkara tersebut sampai ke pengetahuan Ketua Umno Bahagian Jempol, Datuk Mohd Salim Shariff.


Mohd Salim memaklumkan pihaknya memandang serius masalah itu dan akan segera menyelesaikannya.


Manakala melalui surat maklum balas, turut dijelaskan punca masalah selain memohon maaf di atas kesulitan berlaku dan bersedia bekerjasama membaikinya.


 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]