Lagi wartawan Palestin maut ditembak

in Global by


GENTING GAZA – PALESTIN . Seorang wartawan Palestin yang ditembak tentera Israel di sempadan Gaza, dua minggu lalu telah meninggal dunia, menurut sumber di wilayah itu, semalam.


Kematian beliau menjadikannya sebagai petugas media kedua yang terbunuh akibat kekejaman Israel.


Ahmed Abu Hussein, 25, ditembak pada 13 April lalu ketika mangsa sedang membuat liputan untuk stesen radio Shaab di sepanjang sempadan.


Kementerian Kesihatan Gaza turut mengesahkan Ahmed yang juga jurugambar untuk sebuah agensi berita tempatan meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital Sheba berhampiran Tel Aviv.


Mangsa ditembak pada bahagian perut ketika melaporkan protes dekat Jabalia di utara Gaza.


Awal bulan lalu, Yasser Murtaja maut ditembak ketika sedang membuat liputan protes ‘March of Return’ di sempadan Gaza dan Israel.


Kematian Ahmed menjadikan jumlah korban kekejaman rejim Zionis sejak 30 Mac lalu kini mencecah 41 orang. – AFP


 


 


Source: SH Global

[featured-video-plus]