Lelaki cincin tersangkut di jari dipujuk ke hospital

in Edisi Selangor KL by


KLANG – Bomba terpaksa mengambil masa setengah jam bagi memujuk seorang lelaki ke Hospital dalam usaha membuka cincin yang tersangkut pada jari manis tangan kirinya, dalam kejadian, semalam.


Mangsa dikatakan ketakutan untuk ke hospital selepas bahagian jarinya semakin membengkak dan bimbang bahagian itu bertambah sakit.


Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke rumah mangsa di Batu 5, Jalan Kapar selepas menerima panggilan kejadian.


Selepas berjaya memujuknya, petugas membawa lelaki berusia 53 tahun itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dengan menaiki kenderaan milik bomba.


Mangsa mendakwa cincin berkenaan gagal dikeluarkannya selepas dia mengalami masalah penyakit kulit sejak beberapa minggu lalu menyebabkan bahagian jarinya semakin membengkak.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, bomba menerima panggilan kejadian jam 4.40 petang.


“Petugas bergegas ke rumah mangsa bagi memberikan bantuan selain memujuknya ke hospital.


“Sebaik tiba di hospital, mangsa dibius pakar sebelum kita membuat pemotongan ‘multicutter’,” katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.


Menurutnya, proses itu berjaya dan mangsa dalam keadaan baik.


“Proses berkenaan selesai jam 9 malam dan mangsa kemudiannya dihantar pulangĀ  dengan menaiki kenderaan milik bomba,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]