Pembunuh bersiri California diberkas

in Global by


SACRAMENTO – AMERIKA SYARIKAT. Polis California, semalam telah menahan bekas anggota mereka yang didakwa membunuh, merogol dan merompak pada 1970-an dan 80-an.


Menurut jurucakapnya, Joseph James DeAngelo, 72, yang digelar sebagai Golden State Killer atas 12 pembunuhan, 51 kes rogol dan lebih 120 rompakan.


“Suspek yang pernah berkhidmat sebagai anggota polis di Exeter dari 1973 hingga 1976. Dia tinggal di kawasan Sacramento dan identitinya telah dikenal pasti menerusi teknologi DNA selepas pihak berkuasa melancarkan usaha untuk menyelesaikan kes tersebut,” katanya.


Sementara itu, peguam daerah Sacramento, Anne Marie Schubert berkata, DeAngelo telah berdepan dua tuduhan membunuh dan dakwaan lain bakal menyusul. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]