Saham Apple merosot

in Bisnes by


SAHAM Apple merosot hampir dua peratus pada Selasa apabila pelabur khuatir dengan permintaan perlahan terhadap iPhone selepas mendapat amaran daripada sebuah syarikat yang membekalkan komponen untuk telefon pintar.


Pembuat cip Korea Selatan, SK Hynix Inc berkata, berikutan laporan suku tahunannya yang menjangkakan permintaan telefon pintar tidak berkembang telah mengulangi amaran serupa minggu lalu daripada pembekal Apple Taiwan Semiconductor Manufacturing Co Ltd.


Kebimbangan menjelang laporan suku tahunan Apple Selasa depan telah merosot sembilan peratus daripada harga sahamnya dalam lima sesi terakhir sekali gus menghapuskan AS$80 bilion (AS$1=RM3.9060) daripada nilai pasaran sahamnya.


SK Hynix menjual cip memori di seluruh industri telefon pintar, serta syarikat yang membuat komputer riba, pelayar dan lain-lain jenis komputer.


Sementara itu pelabur Apple, pembuat cip Eropah, AMS pada Isnin telah memberi amaran mengenai kemerosotan kerana pesanan yang lemah daripada salah seorang pelanggan utamanya.


AMS tidak menamakan pelanggan, tetapi penganalisis menganggarkan bahawa Apple bertanggungjawab untuk separuh daripada hasil syarikat Austria itu.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]