Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan

in Hiburan by
Sariyanti & Jep Sepahtu

Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan


PELAKON Sariyanti telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan pelawak dan penyampai radio Sinar FM,  Jep Sepahtu.


Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi Instagram (IG) Sinar FM, yang kemudiannya diikuti pengesahan daripada Jep sendiri yang telah memuat naik gambarnya bersama isteri dan cahaya mata sulungnya di IG.


“Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan serta doa yang tak henti-henti buat kami. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tq sayang @sariyanti. #BabyGirl #AnakAbah #Abah,” tulis Jep pada kapsyen gambar tersebut.


Pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada para pengikut mereka di laman sosial, termasuk rakan-rakan artis yang turut berkongsi kegembiraan tersebut.


Jep dan Sariyanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Sariyanti mempunyai dua anak lelaki, Barr Al Aly, 8,  dan Basit Al-Ha, 6.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]