Saskia Dahuri terharu peminat mahu taja resepsi di Singapura

in Hiburan by
Saskia Dahuri

Saskia Dahuri terharu peminat mahu taja resepsi di Singapura


PELAKON Saskia Dahuri mengakui terharu apabila peminatnya di Singapura mahu menaja majlis resepsi perkahwinannya dan suami di sana pada 30 Disember depan.


Saskia, 33,  dan tunangnya, Asyraff Khan, 27, bakal disatukan pada 15 Disember depan dan diraikan pada majlis resepsi di KLGCC, Kuala Lumpur.


Sementara majlis sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung di Singapura pada 29 Disember.


“Saya terkejut dan terharu apabila diberitahu peminat-peminat di Singapura mahu mahu meraikan saya dan bakal suami dalam sebuah majlis resepsi yang ditaja sepenuhnya oleh mereka.


“Meskipun sudah merancang majlis resepsi sebelah keluarga bakal suami pada 29 Disember, namun  saya tidak keberatan untuk bersanding sekali lagi pada majlis yang diaturkan peminat pada  hari berikutnya.


“Tak sangka pula ada mahu meraikan kami sampai sanggup taja majlis sepenuhnya. Apa pun saya hargai dan cukup berterima kasih kepada semua peminat yang mengharapkan yang terbaik buat saya dan bakal suami,” ujar Saskia kepada Sinar Harian.


Menyentuh tentang persiapan perkahwinannya, kata Saskia, semuanya berjalan lancar, apatah lagi dia menggunakan khidmat perunding perkahwinan untuk memudahkan segala urusan persiapan.


“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya harap semuanya akan berjalan sebagaimana yang kami rancangkan.


“Ia jadi lebih mudah apabila saya menggunakan khidmat perunding perkahwinan di mana  mereka akan merealisasikan apa yang saya mahukan untuk majlis nanti, selain tidak perlu menyusahkan keluarga.


“Saya pula bukan seorang yang cerewet, jadi saya ikut sahaja apa yang mereka fikirkan terbaik  dan sesuai dengan majlis saya,” katanya yang turut melakukan perkara yang sama ketika majlis pertunangannya sebelum ini.


Bercerita tentang perkembangan terkininya, kata Saskia, dia kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Misteri Dilaila, arahan Syafiq Yusof yang menyaksikan gandingannya dengan pelakon Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor dan lain-lain.


“Jujurnya saya teruja sangat dapat berkerja dengan Syafiq menjadi sebahagian daripada filem ini yang mempunyai jalan cerita yang sangat fresh dan penuh kelainan.


“Watak saya sebagai Dilaila juga sangat mencabar buat saya apabila perlu bermain senjata, buat stunt dan pelbagai macam pengalaman baru yang saya tidak pernah buat sebelum ini.


“Kalau dalam drama orang selalu tengok saya dengan watak antagonis, kali ini saya tampil dengan sisi yang berbeza,” kata Saskia yang ditemui di majlis Pelancaran Koleksi Raya  PrimaValet 2018.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]