Sekolah zon bebas bendera parti

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Meskipun terdapat sekolah rendah dan menengah terpilih yang akan digunakan sebagai pusat pembuangan undi pada  PRU14 9 Mei ini, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) meminta parti politik tidak meletakkan sebarang bendera parti di kawasan itu.


Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, lebih 300 sekolah rendah dan menengah di negeri ini akan dijadikan sebagai pusat pembuangan undi di setiap daerah.


Menurutnya, malah pihaknya juga telah melakukan persiapan dengan mendapat kerjasama daripada pegawai pendidikan daerah dan juga pihak sekolah yang terlibat.


“Malah, Suruhanjaya pilihanraya (SPR)  juga turut memantau (pusat-pusat tersebut) dan kita juga telah menyerahkan bahagian keselamatan kepada pihak berkenan.


“Cuma, harapan kita, parti politik yang bertanding mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR tentang zon tanpa bendera parti di kawasan sekolah berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikansemua sekolah diberi cuti peristiwa khas pada 9 Mei ini yang merupakan hari pengundian bagi PRU14.


Malah pihak Kementerian Pendidikan juga telah menetapkan cuti adalah kepada semua sekolah kecuali Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pendidikan Daerah.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]