Sharkar galas tanggungjawab besar

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin diletakkan sebagai calon BN di Parlimen Temerloh dan Dun Lanchang bersedia menggalas tanggungjawab besar  yang diberikan kepadanya itu.


Berdasarkan rekod, ini adalah kali pertama BN Pahang meletakkan calon yang sama bagi kerusi Dun dan Parlimen pada pilihan raya.


Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkat,a walaupun bukan mudah bagi pucuk pimpinan parti membuat keputusan berkenaan yang mahu misi untuk merampas Parlimen Temerloh daripada pembangkang yang memenangi kerusi terbabit pada  PRU13.


Mohd Sharkar yang juga Ketua Umno  Bahagian Temerloh turut mengakui tugas itu bukan mudah untuk dirinya namun beliau akan menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.


“Berdasarkan gerak kerja kita selama lima tahun yang tidak pernah meminggirkan Temerloh dan Dun Kuala Semantan serta Mentakab yang kita tewas pada pilihan raya umum lalu, saya yakin kita mampu menang.


“Mungkin pucuk pimpinan ambil kira juga perkara itu dan mereka meletakkan saya kerana status pemimpin senior di Temerloh kalau letak calon muda mungkin akan beri kesan kepadanya,” katanya ditemui pada majlis pengumuman dan penyerahan watikah calon BN Pahang PRU14 di Yayasan Pahang.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]