Wanita mampu tambah AS$4.5 trilion terhadap ekonomi Asia

in Bisnes by


LAPORAN pada Selasa yang diterbitkan McKinsey Global Institute, menjangkakan ekonomi di rantau Asia Pasifik berpotensi meningkatkan kolektif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada AS$4.5 trilion (AS$1=RM3.9060) menjelang 2025 jika menambah baik kesaksamaan gender.


Seperti dilaporkan CNN yang memetik laporan berkenaan menyatakan, Asia Pasifik adalah rantau paling dinamik di dunia tetapi wanita di kebanyakan negara di rantau ini berdepan ketidaksamarataan dalam sektor pekerjaan berbanding lelaki.


Segelintir jurang gender berlaku di Bangladesh dan India, di mana kebimbangan dibangkitkan sebelum ini mengenai kepincangan ekonomi berikutan kekurangan wanita dalam tenaga kerja.


Walaupun di negara-negara ekonomi membangun seperti Jepun dan Korea Selatan, kedua-dua negara ini juga mempunyai perbezaan yang sangat tinggi tahap ketidaksamaan gender dalam peluang pekerjaan, menurut laporan itu.


Laporan itu menyatakan, China adalah rantau ekonomi terbesar telah melakukan kemajuan dengan mendapatkan lebih banyak wanita dalam tenaga kerja tetapi masih tidak cukup dalam kedudukan kepimpinan.


Laporan itu juga memuji beberapa negara termasuk Filipina, New Zealand dan Singapura yang mencapai kesaksamaan gender yang lebih besar di tempat kerja.


Kajian itu menjelaskan lebih lanjut bahawa rangsangan terbesar kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang adalah dari negara-negara yang meningkatkan bilangan wanita dalam tenaga kerja.


Laporan itu menggesa penggubal dasar di rantau ini mengambil langkah mempromosikan lebih banyak penyertaan wanita dalam tenaga kerja.  Usaha itu termasuklah mengubah sikap terhadap peranan wanita dalam masyarakat dan meningkatkan akses kepada penjagaan anak.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]