400 kereta di Mega Gathering Lipis

in Edisi Pahang by


KUALA LIPIS – Sebanyak 400 kereta pelbagai model dan tahun membabitkan 26 kelab kereta dari seluruh negeri pada program Mega Gathering Lipis.


Program julung kali diadakan anjuran Persatuan Permotoran Integrasi 1Malaysia (1MiM) Pahang diadakan di Dataran Orang Kaya Haji.


 Seramai 600 peserta bersama keluarga berkumpul di lokasi itu melalui program hasil kerjasama Komuniti Kelab Kereta Lipis terbabit.


Hadir merasmikan program Ketua Umno Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad


Turut serta Ketua Penerangan Umno Lipis, Datuk Abu Jimi Samat dan Presiden 1MiM, Shahrizan Ahmad.


Shahrizan berkata, tujuan program itu ialah menghimpunkan kesemua pemilik dan peminat kenderaan dari sekitar negeri ini.


Mereka dapat berkongsi ilmu mengenai kenderaan tersebut.


“Kita harap kejayaan program ini turut menggerakkan aktiviti lain dengan lebih tersusun selain memberi peluang masyarakat melihat dengan lebih dekat pelbagai jenama serta model kereta,” katanya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]