DAP mahu calon lebih muda dan bijak

in Edisi Pahang by


BENTONG –  Faktor usia antara sebab bekas Naib Pengerusi DAP Raub. Chin Choy Hee tidak terpilih  sebagai calon DAP.


Timbalan Setiausaha Agung DAP Teresa Kok menyifatkan calon Pas bagi kerusi Dun Tras itu tidak sesuai dan berusia.


Teresa Kok berkata, faktor itu juga menjadi menjadi sebab ahli DAP sejak 2007 tidak dipilih sebagai calon bagi mewakili gabungan pembangkang PKR pada PRU14.


“DAP hanya akan memilih seseorang sebagai calon jika dilihat boleh memberikan sumbangan kepada masyarakat serta memainkan peranan sebagai wakil rakyat.


“Choy Hee memang tidak sesuai, memang dia ada tawarkan diri sebagai calon namun kami tak rasa dia sesuai. Selain faktor usia, dia mempunyai sikap yang ahli di peringkat akar umbi tidak suka malah kami juga pilih calon yang lebih bijak daripada dia,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran bilik gerakan Harapan bagi Dun Ketari di sini, semalam.


Selasa lalu, Pas mengumumkan Choy Hee, 67, menyertai  Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai calon parti itu di kerusi Dun Tras pada PRU-14.


Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar dalam satu majlis di bandar ini.


Choy Hee menyerahkan borang keahlian DHPP kepada Ketua DHPP Malaysia, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan selepas mengesahkan keluar daripada DAP.


Beliau meninggalkan DAP selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan tertinggi parti itu yang dilihat mengetepikan suara ahli akar umbi di kawasan berkenaan.


Sementera itu, jelas Teresa, keputusan memilih Chow Yu Hui sebagai calon di Dun Tras merupakan strategi selepas DAP meletakkan, naib pengerusi kebangsaannya,  Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sebagai calon di Parlimen Raub.


“Sudah tentu kita mahukan calon yang cerdik dan pandai bagi membantu Tengku Zulpuri Shah di peringkat Dun. Bolehkah mereka bekerjasama sekiranya calon di Dun Tras merupakan Choy Hee?,” soalnya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]