Harapan Perak dijangka berdepan laluan sukar di Parit

in Edisi by


PARIT – Pakatan Harapan di Perak dijangka berhadapan kesukaran untuk menang di kerusi Parlimen Parit, Dun Bota dan Dun Bota.


Ketua Cabang PKR Parit Kapten (B) Usaili Alias berkata, dua parti dalam Harapan iaitu Amanah dan Bersatu seolah-olah meminggirkan PKR dalam membuat sebarang keputusan termasuklah pemilihan calon.


Menurutnya, walaupun Harapan mempunyai potensi untuk menang namun disebabkan beberapa faktor termasuk jentera parti yang masih belum mantap boleh memusnahkan impian kemenangan itu.


“Sepatutnya Harapan boleh menang di Parlimen Parit, namun disebabkan masalah jentera parti yang masih belum mantap, tidak ada kerjasama antara parti menyebabkan harapan untuk menang bakal musnah.


“Mereka juga seolah-olah meminggirkan PKR dalam membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi semalam.


Katanya, pihak kepimpinan Harapan juga tidak pernah turun ke kawasan termasuk untuk berjumpa dengannya bagi membincangkan hal berkaitan parti serta pemilihan calon.


“Pihak kepimpinan Harapan memang tidak pernah datang jumpa saya, sepatutnya mereka datang tengok apa masalah yang ada.


“Ada calon dari Bersatu yang datang mintak bantuan saya untuk jentera kempen memandangkan dia masih baru di situ.


“Walaupun dia berasal dari Parit, namun di terlibat dalam NGO di kawasan lain,” katanya.

Usaili.


Usaili berkata, jika perkara itu tidak dirawat dari awal ia boleh menjejaskan sasaran kemenangan kepada Harapan.


“Perkara ini harus diperbaiki dari awal jika tidak mahu hasrat untuk menang terkubur


“Perasaan tidak puas hati tetap ada dan sepatutnya pihak kepimpinan atasan datang jumpa untuk bincang,” katanya.


Bercakap mengenai peluang Pas di Parlimen Parit, Usaili berkata, calon yang diletakkan adalah calon sedia ada namun masih tidak meningkatkan usaha untuk mendekati masyarakat.


“Seperti calon di Parlimen Parit, beliau sepatutnya lebih mendedahkan diri kepada masyarakat namun dilihat masih pada tahap sama.


“Di Dun Belanja pula calon masih muda namun bukan calon yang agresif serta kurang mesra dengan masyarakat.


“Apa yang boleh saya katakan calon Pas di Bota yang boleh memberi saingan kepada calon lain,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]