Kecewa nama digugur di saat akhir

in Edisi Selangor KL by


KUALA SELANGOR – Meskipun sudah selesai membayar deposit bahan kempen pencalonan, namun nama Ketua Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Bahagian Kuala Selangor, Mohd Najib Itam Othman tetap digugurkan saat akhir.


Sebelum ini, nama Mohd Najib Itam itu diumumkan secara terbuka bersama calon Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkaferi Hanafi dan calon Dun Sungai Burong, Mohd Azmil Misman pada 23 April lalu.


Pengumuman yang dibuat Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin itu turut memberitahu bahawa parti itu akan bertanding di sembilan kerusi Dun dan tiga kerusi Parlimen.


Bagaimanapun, nama beliau digugurkan melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan tidak perlu datang pada majlis penyerahan watikah berikutan nama calon bertukar kepada Mohd Shaid Rosli.


Mengulas lanjut, Mohd Najib Itam tidak menafikan dirinya cukup kecewa dengan cara pengguguran nama dengan hanya SMS tanpa pertemuan secara rasmi dibuat.


“Saya cukup kecewa dengan cara nama digugurkan tanpa perjumpaan secara rasmi sedangkan jika ada perbincangan, saya tidak keberatan untuk memberi laluan kepada calon lain.


“Saya tak boleh terima apabila tuduhan tidak berasas dilemparkan untuk menjejaskan imej yang kononnya saya menerima dedak dan tidak buat kerja,” katanya kepada Sinar Harian.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]