Laluan Kerayong ke Triang ditutup

in Edisi Pahang by


BERA – Laluan dari Kerayong ke Triang berdekatan bangunan Kompleks Rakan Muda yang menjadi lokasi penamaan calon sempena PRU14 akan ditutup sementara bermula jam 7.30 pagi esok.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, laluan sepanjang lebih kurang 250 meter itu akan dibuka semula selepas proses penamaan calon selesai.


Katanya, pengguna jalan turut dinasihatkan memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui laluan itu.


“Bagaimanapun, anggota trafik akan mengawal lalu lintas di laluan itu. Cuma, saya harap semua pengguna jalan raya lebih berwaspada melalui jalan tersebut kerana bukan sahaja satu laluan akan dibuka, malah kawasan sekitar akan bertambah sibuk dengan kehadiran para penyokong dari semua parti yang bertanding,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Mansor memberitahu, semasa proses percalonan esok juga, ketiga-ketiga parti yang bertanding akan berkumpul di tiga lokasi yang berbeza bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Malah, katanya, hanya kira-kira antara 200 hingga 250 penyokong ketiga-tiga parti sahaja yang ak dibenarkan berada di luar pagar bangunan Konpleks Rakan Muda.


“Seramai 175 pegawai dan anggota akan bertugas di lokasi penamaan calon bagi memastikan keselamatan di kawasan terbabit.


“Jadi, saya juga ingin menasihatkan penyokong tidak melakukan sebarang provokasi, dan bertenang sepanjang proses di dalam Dewan Kompleks Rakan Muda itu berjalan,” kata Mansor.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]