Pas NS umum tambah satu lagi kerusi

in Politik by


SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan mengumumkan pertambahan satu lagi kerusi Dun menjadikan keseluruhan 27 Dun yang akan ditandingi pada PRU14.


Perkara berkenaan diumumkan Pesuruhjaya Pas negeri Mustaffa Daharun pada Ceramah Perdana Jelajah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks Latihan Islam Pas Negeri Sembilan di sini,  malam tadi.


Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar yang sebelum ini diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen Tampin, telah dipilih untuk turut bertanding di DUN Gemas.


Mustaffa berkata, keputusan itu selepas mendapat permintaan daripada akar umbi di kawasan Dun berkenaan yang memerlukan calon daripada parti itu.


“Pas kawasan Tampin beri pandangan pada kepimpinan negeri untuk dipertimbangkan dan kita bawa kepada peringkat pusat yang akhirnya bersetuju,” katanya pada sidang media diadakan.


Sebelum ini, Pas mengumumkan bertanding di kesemua lapan kerusi parlimen di negeri ini dan 26 Dun pada PRU14.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]