5 penjuru di Pandan

in Edisi Selangor KL by


PANDAN – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal disaingi empat lagi calon untuk merebut kerusi Parlimen Pandan.


Calon Pakatan Harapan (Harapan) itu bakal ditentang Datuk Leong Kok Wee (BN), Mohamed Sukri Omar (Pas), Jenice Lee (Parti Rakyat Malaysia) dan calon bebas yang juga seorang peguam, Mohd Khairul Azam Aziz.


Manakala, bagi kerusi Dun Pandan Indah atau dahulunya dikenali sebagai Cempaka, penyandangnya dari Pas iaitu Datuk Iskandar Abd Samad akan berdepan saingan dua calonĀ  lain.


Mereka ialah Mohd Haniff Roslan (BN) dan Izham Hashim (Harapan).


Di Dun Teratai, menyaksikan persaingan empat penjuru di mana Harapan mempertaruhkan muka baharu iaitu Brian Lai.


Lai akan dicabar oleh Mohd Irman Abdul Wahab (Pas), Liew Pok Boon (BN), dan Jenice Lee (Parti Rakyat Malaysia).


Semua calon diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya Parlimen Pandan, Hasrolnizam Shaari kira-kira jam 11.15 pagi tadi.


Kawasan Parlimen Pandan memiliki 88, 478 pengundi berdaftar dan dimenangi oleh PKR pada PRU13 menerusi Rafizi Ramli.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]