BN vs PKR di Pengerang

in Edisi Johor by


KOTA TINGGI – PRU14 kawasan Parlimen Pengerang menyaksikan pertembungan dua penjuru satu lawan satu antara BN dan juga PKR.


Kerusi P157 Parlimen Pengerang, perlawanan antara penyandangnya, Datuk Seri Azalina Othman Said dengan Norliza Ngadiran yang merupakan Ketua Srikandi Negeri Bersatu.


Bagi kerusi N38 Dun Penawar menampilkan calon baru dari BN iaitu Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain merupakan Ketua Wanita Umno Negeri dan juga Ahmad Kamah Nor dari PKR.


Manakala bagi kerusi N39 Dun Tanjung Surat, BN meletakkan penyandangnya, Datuk Ir Syed Sis A Rahman menentang calon dari PKR iaitu Dr Zamil Najwah Arbain.


Pengumuman semua calon dibuat Pengurus Pilihanraya Parlimen Pengerang, Bukhari Abd Rahman pada majlis penamaan calon berlangsung di Dewan Kejora Bandar Penawar.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]